when life gives you lemon..

Monday, October 22, 2012

kawan..

om nom nom..
assalam..

tajuk kita pada hari ini adalah "kawan" ye tuan tuan dan puan puan. belum papehal aku dah mengarut. ok! let's start. kawan. definisinya? jap aku cari. ok aku malas nak cari. sila cari kamus dewan. sekian. 

sejak dulu lagi. sejak kecik aku dah ada kawan. ok. itu standard budak kecik. semua ada kawan. termasuklah anda dan anda dan juga anda! ye anda yang berada di depan skrin komputer riba mahupun yang tidak boleh nak diriba. macam ramai je yang nak baca blog ni. --'. aku ni kategori yang susah nak dapat kawan. bukan apa. aku ni pendiam terlebih. malu gitu. ugh nyampah!. tapi ini fakta. aku memang susah nak dapat kawan baru. kalau orang lain dalam masa yang singkat dah ada kawan. aku? takde singkatnya. aku yang singkat ada lah. kadang-kadang seminggu baru dapat. haha. aku tak pelik. aku tak risau. 

kawan ni sebenarnya ada baik dan buruknya. kalau salah pilih kawan, silap haribulan kita pun sama je bengong macam kawan kita. jadi pesanan saya di sini ye anak-anak. kalau nak pilih kawan tu pilih lah elok-elok. macam pilih beras gitu. baiknya kawan ni? bila susah kita ada dia. dia mungkin boleh tolong. aku tekankan dekat sini "mungkin" ye. jika dia merupakan kawan kita, tidak semestinya semua masalah kita dia boleh tolong. begitu jugak sebaliknya. 

kawan baik gila rapat macam kembar siam aku ada 3 orang je. sekarang ni tinggal 2. sebab yang lagi sorang tu dah tak berapa nak kembar siam dengan aku. yang 2 ni aku rasa memang dah takde harapan nak pisah dah. kalau jumpe doktor mintak pisah pun doktor pening kepala. sebab? dah namanya pun kawan rapat lagi ketat seperti kembar siam. ehhe. dah merepek. sila teruskan membaca.

persahabatan akan kekal lama bila saling mempercayai. saling bekerjasama. apa yang penting? kerjasama! unsur wonderpets. saling menghormati. saling sayang-menyayangi. part yang ni jangan nak melebih-lebih. kang lain jadinya. aku tak nak bertanggungjawab. saling ambil berat. saling memahami. yang paling penting. jangan tikam belakang. dan perkara-perkara yang boleh dibuat di belakang mereka. harus dielakkan! bukan harus. wajib!. kalau tak memang robohlah tembok besar China yang kau buat dengan kawan kau. sebab? aku pernah kena. hehe. aku tak nak perkara yang sama berlaku dekat aku dan jugak korang semua. peringatan. ingat sebelum kena.

nak maintain persahabatan? itu aku takde tip.korang baca jelah perenggan atas ni. lebih kurang je. putar belit ayat gitu. long distance friendship boleh kekal ke? dah macam long distance relationship je. bergantung pada diri korang lah. sebab? aku tak pernah lalui lagi semua ni. aku belum banyak lagi telan garam. tu ada lagi berguni-guni garam kat "depan" yang aku bakal telan nanti. jangan risau. aku akan pastikan aku tak kena darah tinggi. kandungan garam tu akan sentiasa seimbang dalam tubuh badan aku yang tak berapa nak seimbang ni. tu je aku nak setori ni. sekian. wassalam.

No comments:

Post a Comment

you're my best buddy!!