when life gives you lemon..

Friday, December 21, 2012

alhamdulillah..

star wars.. photo & edit by me..

assalam.

okay. sangat lama aku tak online blog ni. kesian kau tinggal sorang sorang. takpe. let's start.

hari rabu bersamaan dengan 19 Disember 2012. keputusan Penilaian Menengah Rendah telah diumumkan. aku merupakan mangsa PMR 2012 pergi ke sekolah dengan perasaan bercampur baur. *amboih ayat. pagi tu eksaited lah sangat. dalam kereta, handphone berbunyi bunyi. handphone mak bunyi. handphone anak bunyi. adoi. kaki dah lembik dah ni. muehehe. :3 tangan nak balas pun dah tak larat. sampai je kat sekolah tengok dah ramai batch 97's. pergh. lagi lah. aku dah macam ape dah kat situ. perut dah memulas ni. 

sampai sekolah dalam pukul 10 lebih gitu. keputusan dapat dalam pukul 12. oh dem! kalau tau camni punya lambat, baik aku tido dulu kat rumah. perut dah berbunyi. padah tak sarapan pagi. tunggu dengan penuh sabar. handphone taknak berhenti berbunyi ni. ade jugak maut handphone ni. tak lama tu cikgu pun masuk dewan. alhamdulillah penantian dah berakhir. seramai 133 calon mendapat perfect score. dah aku merupakan salah seorang pelajar yang dapat perfect score. alhamdulillah. tak sia-sia usaha aku selama ni. 

ramai kot yang menyumbang dalam kejayaan aku ni. kalau nak sebut mau panjang post ni nanti. jadik aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang telah banyak mendoakan aku selama ni. terutama sekali mak dengan abah. cikgu-cikgu dan keluarga besar aku. terima kasih semua. tak lupa juga. terima kasih kepada Allah s.w.t. alhamdulillah. now kena fokus pada form 4 pulak. no more honeymoon. dua tahun je lagi. in shaa Allah. assalam.

xoxo. :3

No comments:

Post a Comment

you're my best buddy!!