when life gives you lemon..

Thursday, May 31, 2012

cuti..

crush baru..sumber encik google..

assalam..


hai. mukadimah pendek. tak perlu panjang-panjang. bazir. jump to the topic. aku tengah cuti. ye cuti pertengahan tahun. atau nama lain cuti 2 minggu. yeah. aku habis exam terus cuti. aku memang suka cuti. sepanjang aku cuti beria ni aku adalah online fesbuk dengan t-u-i-t-e-r. rumusan? rata-rata semua cerita pasal jamboree pengakap a.k.a himpunan jutaan belia yang bertapak di Putrajaya. ada yang cakap seronok malah siap muat naik gambar lagi ada juga pihak yang contras. sedih katanya. yelah tak dapat pergi jamboree kerana bukan ahli pengakap. perasaan cemburu tu mungkin ada lah. ada juga kelompok yang menyatakan cuti sekolah bosan. haha. aku tersengih seorang diri depan komputer riba yang aku letak atas katil ni. bukan riba aku. terbakor der kaki aku. 


aku cuti? gembira? bolehlah. sekurang-kurangnya aku dapat merehatkan minda aku untuk sementara waktu ni. bukan senang seorang mangsa pembunuhan kertas PMR ni nak dapat rehat. paling kangkung pun rehat masa tidur malam. yang lain semua penuh dek ngadap buku depan mata. bengkak mata memandang. cuti kali ni aku khatamkan novel zombijaya karya adib zaini. cool. satu perkataan untuk aku 'describe'kan buku tu. lepas ni John Grisham dengan Jill Wolfson pulak mangsa aku seterusnya. oh ya. kenapa aku taip hari ni macam pelik. entah. mungkin efek zombijaya kot. aku tak kisah lah. yang penting aku masih manusia bukan mayat hidup yang dipanggil zombi. aku masih waras. 


krillin.

No comments:

Post a Comment

you're my best buddy!!