when life gives you lemon..

Saturday, March 24, 2012

random me..

photo & editing by me.

assalam..

kepala paip jadi pembuka bicara..hee..ok ape..so the topic is 'bout random me..aku random?..yeah..kalau ada masa lapang aku suka baca buku tak pun melukis..tapi bab melukis tu peratusnya dalam hidup aku sangat lah sikit..lebih kurang 0.5% je..sebab aku ni bukan jenis orang seni..plus bila aku lukis tak pernah jadi..keciwa ni..selain tu..aku suka dengar lagu..dalam phone aku ada 256 lagu..aku pun terkejut tengok jumlah ni..50% daripada jumlah tu adalah lagu k-pop..*muka tak bersalah..45.3125% adalah lagu inggeris dan 4.6875% lagu melayu..sikit nya lagu melayu..nak buat macam mana..lagu melayu tak melekat kat telinga aku..yang ada tu pun lagu lama..hee..

main air..ye aku suka main air..tapi sekarang tak ligat lah..nak kena marah dengan mak?.cakap pasal mak..aku selalu meluangkan masa aku yang tak berapa nak banyak ni dengar ceramah pendek mak aku..aku bagi nama ceramah ni "30 minit bersama uztazah emak"..*pokerface..seronok tau sebenarnya dengar mak kita ni berceramah..dia bukannya bebel..dia cuma bercakap..nak kasi betul sikit diri kita..bila dia cakap-cakap tu makna nya dia ambil berat pasal kita..dia taknak anak dia jadi orang tak berguna..ceramah dia amat random..dari satu topik ke satu topik yang lain..mula-mula pasal pelajaran meleret ke berat badan turun sikit ke perangai corner baring sikit ke pasal hal semasa dan sebagainya..tulah rutin seorang manusia yang dipanggil emak..

aku suka ambil gambar..sekarang ni aku dah kurang kan sikit..memandangkan aku ni mangsa pembunuhan si kejam PMR..aku kena lah slow down sikit..baca buku pun buku sejarah..ulangkaji..ajak dating dengan buku rujukan dan dan tak lupa juga appointment dengan pakcik tuition..beginilah hidup aku bila ada masa terluang..kadang-kadang aku suka buat benda yang tak pernah dibuat orang..aku pun tak tau apa yang aku buat..any idea?..aku panggil benda yang pelik-pelik ni dengan nama "H bosan"..jangan tanya aku apa maksudnya..sebab aku main pakai buat je..haha..baiklah..aku akhiri post aku ni dengan assalam...

sekian..
H..

No comments:

Post a Comment

you're my best buddy!!